thisISme

thisISme
lurvELYme

cliche..

saya budak jahat yang cuba jadi baik... dan ini antologi hidup seorang saya...hohohoooo

Sunday, May 21, 2017

hadiah dari Dia







semasa disana, aku lalui satu fasa genting..
yang semahunya aku mahu lari...
aku down dgn diri sendiri,
bertimpa2 bila surrounding pon xmembantu..
semacam mahu mematikan aku yang cuba bangkit dari rasa seorang aku..

sungguh.. ada satu hari tuu aku rasa mahu pergi lari jauh dari sydney.. sebetulnya dari mereka2 yang dekat dengan aku pada masa tuu.. aku tak mampu senyum dalam diam.. aku rasa mahu lari jauh.. aku geram.. dan sungguh, aku mula menyusun atur planning untuk ke Melb time tuu.. dengan sebab manis yang aku tuturkan, sedang sesak dada menutup sebab perit yang mahu aku hamburkan pada alam.. cuma masa tuu aku masih mampu rationalize current situation.. nak lari cemana pon, aku masih perlukan green light tuu.. time tuu betul2 aku rasa nak memberontak.. nak membentak mahu lari.. pergi jauh..

tapi.....
tapi Allah lagi tahu apa aku perlu...
Dia tak meluluskan aku ke Melb.. Dia takdirkan aku terus di SYD.. cuma Dia beri aku waktu.. Dia beri aku kesempatan memberi waktu pada seorang aku untuk refleksi diri... dia beri aku sehari tanpa gangguan.. aku jalan... aku jalan tanpa tujuan.. kesana sini.. lalu terhenti pada satu taman kecil di bandar SYD.. aku duduk.. aku tengok tenung alam.. aku ingatkan diri tentang banyak benda.. aku pujuk diri tentang pelbagai perkara.. lama.. lama aku duduk2 sambil diusap angin sejuk, berteduh bawah sinar mentari.. aku tepuk2 iman, aku kepal2 hati.. aku kutip buang rasa yang mencucuk basi.. biar pegi, tak merebak, tak melekat... lama lagi aku amik masa nk self-reflection.. mengingatkan diri pada jalan2 yang aku telah tempuhi, sedang dan bakal terjahi.. 

hingga tetiba aku disapa seseorang..
'r u a muslim?'
dan borak pendek yang buat aku rasa berteman..
buat aku rasa disayang tuhan..
tatkala aku rebeh jatuh terpempan,
celaru emosi yang tak siapa perasan...

Allahu....
terus aku sedar,
baru sekecil itu Dia jentik rasa aku,
dan kalut aku mahu lari pergi jauh tika itu,
sedang Dia mahu aku belajar banyak dari waktu..

dan waktu itu aku sedar,
ada sudut aku yang belom aku kenali,
untuk aku jaga dan bajai..

semoga Allah redha.. 

No comments:

Post a Comment