beberapa hari ni, kepoh hal kes dera kat sweden nu haa..
macam2 pandangan yang da dikeluarkan
ade yang mengutuk
ade yang mempertahan
ade yang.....
membaca dan terus membaca,
aku yang hakikatnya tak berniat pon nak follow kes ni,
dah terfollow secare tak sengaje..
started dengan first aq bace pasai kes kene tangkap,
dan aku cuba cari info tentang kes tu,
aku cari bahan (online n tgk berita)
dan aku mula belajar cerna apa sebenarnya yang berlaku..
isu pukul anak
isu undang2 manusia
isu peranan guru dan sekolah
isu emosi anak2...
banyak yang perlu diperlihat sebelum mula meluah rasa
sungguh lah..
hingga aku jadi kaget bila penulis yang aku hormat,
mula menulis sesuatu yang bertentangan dengan hematku,
dan sungguh,
tulisannya itu memanggilku turut sama menulis disini..
aku mula benar2 berminat dengan isu ini tatkala menonton MHI..
tatkala wakil SUKAGUAM bercerita tentang beza undang2 Malaysia dan Sweden
dan dengan sungguh2 pula meramalkan jalan mudah buat peguam kerana
norms dan custom yang berbeza antara sweden dan Malaysia..
norms dan custom yang berbeza antara sweden dan Malaysia..
makin lama,
bila perbicaraan bermula,
banyak cerita yang jadi rahsia mula terbongkar,
dari isu yang kurasakan kecil hama mula jadi besar dinosour pula..
dan banyak pula manusia rancak mengata pandangan mereka tanpa fikir panjang..
aku tertarik sungguh dengan pengakuan salah seorang anak pasangan terbabit yang mengatakan mereka adik-beradik sering dipukul, dengan apa sahaja, namakan saja- rotan, hanger, tali pinggang- mungkin apa saja yang tercapai saat itu.. dan dia berkata dialah paling kerap dipukul hingga seribu kali..
disebabkan oleh umur anak2 ini tidak mencapai 15 tahun, hanya rakaman mereka yang dibawa ke mahkamah..
apa pula nasib parents mereka?
hemat aku..
hemat aku..
pada anak2 itu..
yang baru mencapai awal remajanya,
yang hidupnya di sana..
bila pesan ibu ayah jadi omong pembersih cuping telinga semata,
ibu ayah mula mencari tindakan untuk membuat anak2 mendengar kata,
mungkin kerana anak2 itu tidak berganjak bergerak kalau hanya dengan bicara,
dan mungkin bila dipiat mereka itu,
baru kalut membuka sila..
dan anak2 pula,
bila ibuayah mula bertindak 'keras' terhadap mereka,
mulalah berasa ibu ayah tak sayang mereka..
biar piat pukul padahal tak berbekas fizikalnya,
mereka rasa terobek emosi dan hati nya,
yang 1 dikata berjuta..
yang xterasa dikata pahit saja..
anak2 itu anak remaja..
sedang cuba cari diri saja..
sedang memberontak..
sedang berbalah antara mahu, kerna belum benar2 sedar apa yang perlu...
-itu hemat aku-
untuk menjatuh salah,
anak2 atau ibubapanya,
aku tak tahu..
aku tak tahu hakikatnya,
biar mahkamah menyiasat segalanya,
mungkin bila ini terjadi,
Allah hakikatnya mahu menuntun rasa anak2 ini,
tiap tindakan ada natijahnya,
pahit hari ini mahu jadikan kamu yang lebih manis esoknya..
cuma aku suka,
bila institusi sekolah dan guru menjadi pembantu setia..
boleh jadi tempat untuk anak2 meluah rasa..
susah aku mahu jumpa disini,
perbincangan dengan guru yang jadi kes sampai begini..
mungkin cara kita disini,
bila ada kes sebegini,
kita bawak bincang..
sekolah dan guru bisa jadi orang tengah..
agar anak2 terbela..
bukan mempersalah tanpa ada hitam putihnya..
tak perlu tunding-tunding jari satu kesana, kerna ada empat lagi menghala kearah kita..
usah kalot mempersalah dia dan mereka..
amik iktibar dengan perubahan masa dan situasinya..
jangan terlalu mudah berkata..
kerna mungkin,
kondisinya bakal sama,
andai kau disana..
No comments:
Post a Comment